Tarikan Pengunjung di Taman Botani Shah Alam dan Harga Tiket
Taman Botani Shah Alam dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia atau Taman Pertanian Bukit Cerakah. Memiliki tarikan pengunjung yang luar biasa. Menjadi kebanggaan warga Shah Alam.
Taman ini menjadi taman hutan pertanian terbesar di dunia. Walaupun direka sebagai pusat penyelidikan, taman ini juga dibuka untuk kunjungan. Tentunya untuk tujuan riadah.
Apa tarikan pengunjung di bukit cerakah ini? Lantas, berapa harga tiket untuk memasukinya?
Tarikan Pengunjung Taman Botani Shah Alam
Taman ini dibina di atas tanah seluas 817 hektar. Taman ini mempunyai tarikan pengunjung yang istimewa. Yaitu:
1. Taman Haiwan
Taman Haiwan dibina atas lahan seluas 72 hektar. Di dalamnya pengunjung dapat melihat dan bermain dengan pelbagai jenis ternakan. Contohnya kambing, lembu, biri-biri, dan ayam.
Ternakan ini diternak oleh penyelidik taman. Menariknya, pengunjung boleh melihat sepsis burung eksotik yang boleh jadi jarang Anda temui.
2. Taman Empat Musim
Keseronokan di taman Botani Shah Ala mini memang nyata. Pengunjung dapat nikmati keindahan musim bunga, daun kering di musim luruh, kehangan musim panas dan kesejukan musim sejuk.
3. Taman Rempah
Pohon herba bisa Anda jumpai dan pelajari di taman Rempah. Taman ini memiliki luas 16 hektar.
Taman ditanami dengan pohon herba, pokok renek yang digunakan dalam perubatan. Tentunya, ada juga tumbuhan minuman.
4. Taman Kaktus
Lebih dari 3000 kaktus tumbuh di sini. Salah satunya Saguaro gergasi yang ditemui di Mexico.
5. Taman Buah Tropika
Luas taman 36 hektar. Di dalamnya ditanami poko buah-buahan tempatan. Contohnya rambutan, manggis, cempedak dan durian.
Anda pun boleh melawat rumah kelapa. Ini merupakan rumah yang dibina dari bahagian pokok itu.
Di sini, Anda boleh melihat produk lain berasaskan kelapa yang dipamerkan dalam rumah tersebut.
Aktiviti yang Boleh Pengunjung Buat
Ada sejumlah aktiviti menarik yang boleh Anda buat di taman Botani Shah Alam. Tentunya, aktiviti ini dapat membuat lawatan semakin seronok. Di antaranya ialah:
- Berkhemah
- Paintball
- Skytrex Adventure Park
- Memancing
Harga Tiket di Taman Botani Shah Alam
Waktu operasi di taman ini bermula dari Selasa – Ahad. Tepatnya pada 7.30 pg – 4.30 pg. Tutup sementara pada waktu solat Jumat.
Sementara Isnin ditutup kecuali cuti sekolah.
Harga tiket walk ini di taman ini disesuaikan. Tiket masuk wajib bagi Dewasa 3RM dan kanak-kanak 1RM.
Bila masuk Rumah 4 Musim (Salji), 5RM untuk dewasa dan 3RM untuk kanak-kanak. Selain Salji, cukup 3RM untuk dewasa dan 1RM untuk kanak-kanak.
Cara ke sini boleh dengan kenderaan sendiri. taman terletak kira-kira 1 jam dari KL. Dari Lebuhraya Persekutuan, Anda susur keluar di Bandar Shah Alam. Ikut papan tanda ke Taman.
Kalau menggunakan Bas, naik Bas bernombor 63 atau 338 dari KL. Turun di stesen bas berhampiran bangunan Mybank di pusat bandar Shah Alam. Kemudian, ambil teksi ke Taman.
Bila menggunakan KTM Komuter, turun di Stesen Shah Alam. Kemudian, ambil Grab ke taman. Perjalanan sekitar 20 minit.
Itulah kabar mengenai taman Botani Shah Alam, harga tiket, aktiviti yang boleh Anda buat dan tarikan pengunjung.
0 Response to "Tarikan Pengunjung di Taman Botani Shah Alam dan Harga Tiket"
Post a Comment