-->

Bukit Broga Destinasi Yang Meminati Aktiviti Pendakian

Bukit Broga adalah lokasi tumpuan para pendaki selain menjadi kawasan riadah keluarga. Terutama pada hujung minggu. Lokasinya berhampiran dengan Negeri Sembilan. Kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Berdekatan dengan bandar Semenyih, Bukit Broga mempunyai tiga puncak berketinggian sehingga 400 meter dari paras laut. Ketinggian yang dianggap sederhana. Dan ketinggian ini menjadikannya popular. Terutama sebagai destinasi bagi mereka yang meminati aktiviti pendakian.

Dilaporkan pada 2017 Kerajaan Negeri Selangor mewartakan Bukit Broga sebagai kawasan rekreasi seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Bagi mereka yang pertama kali mendaki Bukit Broga mungkin merasakan laluan ke puncak bukit tersebut agak sukar namun bagi yang berpengalaman dalam aktiviti pendakian, ia merupakan antara bukit yang paling mudah untuk ditawan.

Bagi seorang pendaki, bentuk bukitnya yang agak landai membolehkan puncak bukit itu senang didaki. Termasuk mereka yang baru menjinakkan diri dalam aktiviti mendaki.

Lagipun terdapat tali keselamatan. Dipasang pada laluan yang sukar. Jadi sesiapa sahaja boleh mendaki Bukit Broga.

Pemandangan di atas puncaknya sangat mengujakan terutama sewaktu matahari terbit menyebabkan ada pendaki sanggup memulakan pendakian seawal 4 pagi.

Selepas turun dari Bukit Broga, rakan-rakan pendaki boleh mandi-manda di air terjun Sungai Gabai yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Bukit Broga.

0 Response to "Bukit Broga Destinasi Yang Meminati Aktiviti Pendakian"

Post a Comment

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

–>